Powered By Blogger

Friday 5 July 2013

SAHABAT





Dari kiri : Dina Adiani , Siti Soleha Salleh , Nadia Gani , Rahimah Daus , Atika Samsanur
Airil Ummi Mizayu , Rokiah Zuki , Fathonah Yusoff dan Noor Izana Chaharin 

Form Six ASRAMA SMK MAHSURI
We're Buddyz takkan terpisah :)

SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

PESANAN BUATMU 

Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan berada dikala susah dan senang dikala air mata berada di pipi dan ketika senyum menghiasi bibir. 

Perjuangan kita akan kita teruskan sehingga kita berjumpa dengan masa depan dan beroleh masa depan yang baik. .

LET'S US CHANGE :')


Ice Cream :D


APA ITU ICE CREAM

Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.

KEBURUKAN AISKRIM

1 . aiskrim sekiranya di ambil secara berlebihan tidak baik untuk gigi kanak-kanak dan orang dewasa 
2 . Aiskrim akan mudah dijangkiti penyakit seperti selsema dan demam.
3 . Mengandungi kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya .

SELAMAT MENIKMATI AISKRIM ANDA :D